Panduan Mewarna Buttercream/Icing

Author: trendy collection // Category:

Kali ni, aku nak kongsi tips mengenai warna. Membuat warna yg kita mahukan memang susah. Apa lagi jika warna yg dicari dikedai x jumpa. Jadi, buat kengkawan suma jangan peningkan kepala mencari warna yg x berjual di kedai tu. Disini ada beberapa tips utk kita kongsi bersama. Tips ni aku amek dari Kak Yati dan dia mendapatkan tips ni dari Kak Zati. Yang mana tips ni merupakan garis panduan untuk mendapatkan warna tertentu. Terima kasih kerana sudi berkongsi.

HITAM:
Kombinasi royal blue + merah + oren + kuning lemon boleh menghasilkan hitam. Pewarna hitam sendiri tidak dapat menghasilkan warna hitam sebenar. Tip diberi dalam Kak Zati adalah dengan mencampurkan warna cokelat ataupun cokelat emulco dengan warna hitam.

GOLD:
10 bahagian lemon yellow + 3 bahagian oren +
1 bahagian merah

COKLAT:
Merah + hijau dapat menghasilkan warna cokelat. Kadang-kadang warna hijau akan terlebih ton kerana asid dalam ising (jus lemon & cream of tar tar sebagai contoh), jadi elakkan penggunaan asid. Campurkan 1/4 sudu teh air ke dalam bancuhan warna sebelum dimasukkan ke dalam buttercream untuk menghapuskan ton hijau. Nak senang, gantikan penggunaannya dengan melted cooking chocolate ataupun serbuk koko.

MERAH:
Campurkan pewarna merah dalam buttercream dan disimpan 24 jam sebelum digunakan. Disarankan semakin lama disimpan semakin terang warnanya.

UNGU:
Pastikan susu dicampurkan dalam pewarna untuk mengelakkan buttercream menjadi warna biru pudar.

PASTEL:
Campurkan 2 bahagian putih +
1 bahagian mana-mana warna pilihan

APRIKOT:
2 bahagian oren campur + 1 bahagian golden yellow

AQUA:
5 bahagian sky blue + 1 bahagian hijau daun/leaf green

AVOCADO:
4 bahagian lemon yellow + 1 bahagian leaf green +
sedikit warna hitam

BURGUNDY:
5 bahagian rose pink + 1 bahagian violet

CHARTREUSE:
5 bahagian lemon yellow + 1 bahagian hijau daun

RUST:
8 bahagian oren + 2 bahagian merah + 1 bahagian brown

COPPER:
1 bahagian golden yellow + 1 bahagian brown +
1 bahagian christmas red

CORAL:
3 bahagian rose pink + 2 bahagian lemon yellow

LAVENDER:
5 pink + 1 bahagian violet

SILVER/GRAY:
1 bahagian hitam + 1 bahagian biru

TURQOISE:
6 bahagian biru + 1 bahagian lemon yellow

TEAL:
9 bahagian sky blue + 1 bahagian lemon yellow

MAUVE:
5 bahagian rose pink + 2 bahagian oren + 2 bahagian merah +
1 bahagian hitam

PLUM:
1 bahagian violet + sentuhan christmas red

MAROON:
4 bahagian merah + 1 bahagian burgundy

MOSS GREEN:
3 bahagian lemon yellow + 2 bahagian violet

NAVY BLUE:
1 bahagian sky blue + 1 bahagian violet

GRAPE:
1 bahagian sky blue + 6 bahagian rose pink

sumber: tenet juge

0 Responses to "Panduan Mewarna Buttercream/Icing"

Post a Comment